kalau sebulan yg lepas, hujung minggu adalah hari yang santai2....takde kne rushing nak ke sana ke sini. kalau nak kluar pun sekadar jalan2 cari makan, window shopping atau hanya lepak meluangkan masa bersama keluarga tercinta. tak kira la dlam rumah atau kat luar. tp bila dah bukak sekolah ni, hujung minggu dah tak sama, dah ada senarai tugas tetap yg prlu dilaksanakan, alahaiiiii..... :(
kemas umah, pergi pasar, iron baju sekolah dan baju keje encik suami (part palinggggggg lemah), antar n ambik arif n iffah tkwando, msk2... gi jengok izzati kat Maahad, pendek kata, sabtu dan ahad tetap jgk kene kluar! sabarrrr....smoga semua ni mematangkan lagi ana dan makin mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga dan mengukuhkan keimanan dan keyakinan ana pada ALLAH SWT, dah nama pun khalifah kan.... kene jalankan amanah yg diberikan dan tanggungjawab tu tetap kena pikul. nanti kene soal kat 'sana', ada la jgk ihsan amal yg boleh membantu.....aminnn.
walau sesibuk mana pun ana, takde la smpai tak duduk diam pun... ade jgk masa mmg merehatkan minda dan perasaan jgk di kala waktu terluang. mcm sabtu lepas, selesai memasak dan solat zohor....kami skluarga lunch bersama. kalau dah cuti...ibu bg pluang tngok tv sambil makan, hihihi... so makan pun ambik masa lamaaaaa... sgt. hmmmm...tu yg tak bagus tu. kan? takpe..bkn slalu, time2 tertentu je. yg nak diperkatakan tu sbnarnya citer kat tv tu! alamak! SRK lagi la....waaaa..siap digandingkan dengan plakon2 yg tak kurang hebat jgk pulak tu. Amitabh, Rani Mukherje, Abhishek, Prrty Zienta..... ntah apa tajuk ana tk ingat, janji ada SRK. so, apa lagi. makan cpat2....siap basuh pinggan, kemas meja.... sambung balik tngok tv kat depan. terima kasih anak2 yg sudi tlong angkat kain dr jemuran, cabutkan drp hanger dan btolkan smua baju2 yg terbalik. senangggggg ... ibu nak melipat. melipat sambil layan Hindi, ekekeke....
"takleh layan selalu mcm ni, kang tak jadi keje dibuatnye!". tu la kata2 utk diri sndiri....sabo je la. sepatutnya sbtu tu ana kne gi settlekan keje2 kat bengkel jaitan. tp dek kerana SRK, slamber je ana tak pegi pun bengkel. dah la citer tu habis pukul 5, mana sempat. 5.30 kakak2 senior kat bengkel tu smua dah balik.....sudahnya? terbngkalai la projek alter baju2 iffah tu..... takpe, sambung monday nnti ye Izan! ;)
tiba2 ana merajinkan diri buat karipap utk brkfst. ikutkan mmg malas....tp ksian anak2 dah lama teringin karipap sardin. inti pun dah ada 'stock', so cuma sdiakan doh je. ALHAMDULILLAH....karipap menjadik, dpt la jgk simpan frozen sikit, senang bila nak makan lg nnti..... untuk lunch, pasta goreng! senang dan cepat utk disediakan.....lgpun nak bawak ke Maahad. "berkelah" kat sana.... dah terfikir jgk, hr ni sure ramai parents yg datang melawat anak masing2. tambah2 lagi students form 1. ye mmg btol, kantin penuh! masing2 dengan keluarga yang datang menjengok, walau pun baru 3 hari berpisah, hihihi..... itulah senario kat mana2 asrama sekarang. asal wknd je...sure ade je fmly yg dtang visit anak masing2. time tu la sgala makanan, buah barang dan mcm2 lagi yg dibawa utk bg kat si anak. beruntungnya anak2 zaman skrang.... dulu jgn harap la dpt berjumpa tiap2 minggu. ditambah pulak faktor kemudahan kenderaan dan jarak antara rumah dan asrama agak terbatas, mmg beza! tp apa2pun, smuanya demi kebaikan bersama.... buatlah yang terbaik utk hasil yang terbaik.
SUBHANALLAH.....sejuukkkkk mata memandang bdk2 Maahad ni bertudung labuh, berbaju kurung, berjubah dan berstokin. tak kurang jgk bg yang lelaki pun, semua nampk baik dan bersopan santun. mudah2an apa yang terzahir di mata itu smuanya akan berkekalan dan membentuk iman yang kuat sebagai benteng di kala mereka berhadapan dengan cabaran di masa akan datang. semoga mereka semua menjadi anak2 yang soleh/solehah dan hamba ALLAH yang bertaqwa. doa yang sama jgk utk anak2 ana yang lain.....aiman, iffah dan arif, aminnn!
No comments:
Post a Comment