Wednesday 29 February 2012

BIN & BINTI

Cerita ceriti tentang anak lelaki dan anak perempuan ana.  kalianlah permata hati ibu ayah, kalianlah zuriat penyambung keturunan, pada kalianlah juga letaknya harapan yang amat tinggi dari sang ibu dan ayah:  semoga menjadi anak yang soleh/solehah dan menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa.  smoga hidup kalian diredhai dan diberkati dunia dan akhirat. 

ini baru 4!  kalau lebih drp itu...banyak lagi kriteria yang akn masuk senarai agaknye...

Aiman, penuh adab tertib, berkeyakinan, 'keras tangan', simple, disenangi ramai

Izzati, kreatif, ringan tulang, pemalu yang amat, sukar diduga, berat mulut

Iffah, lemah gemalai, diam2 ubi, prihatin, kuat memendam perasaan, lembut

Arif, lincah, licik, emosi, bijak, ramah,  manja, sensitif


walau apapun karenah kalian, walau sebesar mana pun cabaran yang ibu dan ayah terpaksa tempuh, insya'allah...akan diharungi juga demi menjaga amanah ALLAH ini.  

KAWAN

Baru2 ni dpt berita salah seorang sahabat rapat ana disahkan mengandung.  ALHAMDULILLAH....setelah sekian lama menunggu buah cintanya bersama suami tersayang, akhirnya dia dah pun 'berisi'.  sebagai kawan, ana menyambut berita ini dengan penuh kesyukuran dan tumpang gembira yang teramat sangat.  mungkin dek kerana ana sudah lama tak mengandung, bila dengar je org mengandung....uihhh...bestnyeee!  rasanya thn ni ramai jgk kawan2 ana yang bakal menambah zuriat masing2.  hmmmm... murahhh rezeki korang ek.  'musim' agaknye, :)

Bila bercerita pasal mengandung, alahan, baby, persiapan, bla2........  mmg sehari suntuk tak puas bercerita.  tapi apa nak buat, mmg itu topik terhangat di kalangan kaum suri seperti ana.  tu blom masuk bab masak memasak, bincang menu apa utk berbuka puasa, juadah apa utk hidangan raya, resepi apa nak masak jamu mertua....mcm2!  meriah betol bila dpt bercerita dengan kawan2...org kata berkawan  biarlah beribu, tp berkasih hanya pada yang SATU. 

Terima kasih pada semua sahabat yang selama ini banyak bersama ana di kala senang dan susah.  Bkn senang nak dpt kwan sejati...kalau tak kena gaya, kita yang gigit jari!  Cuma dalam bersahabat, ada yang  boleh dan sudah semestinya ada jgk yang tak boleh.  harus ada keterbatasan dlm setiap sesuatu...baik dr segi tingkah laku, tutur kata atau pun perbuatan.  kadangkala dlm menjaga  hati orang, sesekali kita kena beralah.  ada masa juga kita kekadang terpaksa melupakan kepentingan diri.  tp AWAS jgn smpai tergadai maruah diri!  kerana tiap2 sesuatu ada DIA yg memerhati. 

Ya ALLAH....bantulah hambaMu ini, bimbinglah ana, tunjukkanlah ana jalan yang lurus, permudahkanlah urusan ana, semoga semuanya mendapat redha dariMu Ya ALLAH, aminnnnn!

Monday 27 February 2012

AKHIRNYAAAAA!!!

setelah 2 thn berturut2 terikat dengan PIBG sekolah, akhirnya thn ni ana nekad utk 'melarikan' diri sebagai langkah berjaga2 utk tidak dilantik lagi.  Bkn tak sudi bukan jg pentingkan diri....tapi bagi ana cukuplah sudah 2 tahun ana menyumbangkan bakti pada PIBG.  Kalau sekadar AJK sekali pun, pasti sudah tercalit rasa jemu dan bosan dengan corak pemerintahan utk jgka masa tertentu.  Inikan pula jawatan ana sbgai NYDP....  dah la ana ni surirumah je.  sabo je lah!  banyak lagi calon lain yang layak dan berkemampuan... silalah undi mereka.  Berilah peluang utk ana melayari masa ana sebagai seorang suri sepenuhnya....penat tau!  mana nak handle hal rumah lagi, plajaran anak2 lagi, plajaran sendiri lagi, ditambah lagi dngan agenda2 PIBG skolah???  hmmmmm.....  apa yang dah berlalu, ana jadikan pedoman dan pengalaman.  yang akan datang, mudah2an barisan AJK yang baru akan merombak corak pimpinan dan bakal membawa pembaharuan kepada SKBK utk lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.  cewahhh.....hehehe.

Wednesday 22 February 2012

SOAL HATI

resah, gelisah, tak tentu arah

risau, runsing, tidak pasti

teringin, berhajat, tak brani

teruja, semangat, tiada kepastian

berharap, mengharap, mudah2an

antara catatan yang terbit dr buah fikiran ana buat masa sekarang.........  sekian