Tuesday 5 April 2011

TERASA

Sesekali merenung kembali perjalanan hidup ana....dr kanak2 sehinggalah kini sudah berkeluarga.  Hmmm... pelbagai kenangan, pahit manis masam pedas smua ada!  Pendek kata rencah hidup ana, secukup rasa.  Tapi.. smua tu membawa kepada siapa ana sekarang.  Puas? Sedih? Mnyesal? Rugi?  bila disoalkan...prlukan jawapan, bukan?  Tp di mana semua tu???  ana sndiri tidak pasti apa jawapan tepat utk persoalan2 seumpama itu..... sungguh!  Cuma sekadar jawapan penyejuk hati...atau mungkin lbih tepat lagi, selayaknya ana menjawab...ALHAMDULILLAH... ana masih bernyawa dan diberi rezeki oleh Sang Pencipta utk meneruskan perjalanan hidup di dunia ini seblom menuju ke 'alam' yang satu lagi. 

Apa prasaan anda jika dipersoalkan perihal rezeki dlm bntuk wang ringgit?  adakah rezeki itu hanya berkisarkan wang ringgit?  atau mungkin, RM itu menjadi penyebab  kebahagiaan bagi seseorang.  Lama mana sangat bertahannya RM itu, boleh bawak ke mati ke?  Sejauh mana kita mengembara, sehebat mana kita berjawatan dan setinggi mana pencapaian akademik yang kita kecapi.... smua itu kalau tidak bersandarkan pada ALLAH, nescaya semuanya KOSONG belaka. 

Ana cukup terasa apabila dipertikaikan kenapa ana tidak bekerja?  Walau berat hati utk meninggalkan dunia kerjaya satu masa dahulu, namun bila difikirkan tanggungjawab yg lebih afdhal...ana lepaskan jgk jawatan ana.  Sungguh, pelbagai rencah persoalan menerjah kotak fikiran ana pada saat2 mula mengisi jawatan 'fulltime housewife' satu masa dulu.  Pada awal mungkin ana tidak lagi terasa 'kelainan'.  mungkin kerana dek kebahagiaan dan kepuasan dlm memenuhi smua kehendak encik suami dan anak2 kecil kesayangan.  Best giler!  Bkn smua org dpt mengecapi saat2 membesarkan anak2 depan mata sndiri, jaga makan pakai suami tanpa cmpurtangan seorang pembantu, dpt menyuap dan menyajikan juadah buat mereka dengan air tangan sndiri.  Ahhh...bahagianya terasa.

Tapi berbelas tahun pengalaman itu diharungi.....sedetik dua, pernah jgk perasaan ana dikocak oleh soalan2 cepu gangsa dr teman2 sekeliling, org2 tertentu, malah ahli kluarga sendiri!  anak2 dh besar...tk rasa sunyi ke dok sorang2 kat umah?  knapa tak keje je.  blajar okey, tp sudahnya tk keje2 pun.  org lain yg tk blajar mcm awak pun ade jgk pkrjaan.  ade gaji sndiri.  awak tu, smpai bila smua nk mtk duit laki sndiri?  buat la smthing utk dpt duit sndiri.  paling tidak meniaga kue kat dpan umah ke.... kalau ada duit sndiri ni snang.  tmbah2 kalau hal2 duit nk muafakat sesama adik bradik sndiri.  apa2 hal takde la bergantung nak 'loan' kat laki jek!  fuhhhhh....berdesing telinga ana bila menghadapi persoalan tu smua.  Ya ALLAH, hamba insan yang lemah.  walau sekuat mana ketguhan pegangan ana utk 'redha' dgn keadaan ana sekrang.....sesekali 'terusik' jgk dgn terjahan soalan2 itu. 

Sesekali terlintas di benak hati ana, 'btol ke apa yg aku lakukan ini?  bijak ke langkah aku berenti keje dulu?  salah ke pilihan jodohku dgn encik suami kerana setlah berkeluarga dengannya aku berenti keje?  ape susah sgt ke hidup aku semuanya nk bergntung RM dr dia? apa la akan jd pada aku kalau suami dh takde nnti.....aku takde saving, aku takde karier?  '  SAKIT! RISAU! PENING! TAKUTTTTTT.....!!!  itu antara kesimpulan yang dpt ana katakan kalau ditanya pada reaksi ana setelah memikirkannya.

Hati: bertenanglah..... 
Perasaan: bersabarlah....
Ana Suri:  redha dan berserahlah pada ketentuan Illahi.  Sesungguhnya DIA MAHA TAHU apa yang ditentukan buat hamba2Nya.  Yakinlah, setiap ketetapan itu adalah yang terbaik buat kita. 

Sunday 3 April 2011

ALHAMDULILLAH.....

Anak ke2 ana, Nur Izzati...plajar tngkatan 1 Umar di SMKA Maahad Hamidiah Kajang pulang bermalam hujung mnggu baru2 ni.  Syukur ke hadrat Illahi, izzati selesai menduduki exam awal tahun.  pulangnya dia kali ni membawa sekali slip rsult exam.  8A 2B 2C!  hmmm...cukup utk diterima sebagai permulaan langkah di alam menengah.  banyak lagi kelemahan yang prlu diatasi... mudah2an akan lebih cemerlang di masa2 akan dtg, insya'allah.

stakat ini ana cukup bersyukur atas kejayaan yang dianugerahkan ALLAH pada anak2 ana.... mskipun ada jg waktunya terasa masih lemah berbanding dgn anak rakan2 yg lain.  namun ana sedar, rezeki ini rezeki ALLAH, redha atas ketntuanya... yg pasti, ada usaha...konsisten dengan amalan....berserah pada yang Maha Tahu.... ada ganjarannya kelak!  aminnnn....

Anak ke3, Nur Iffah....murid 4 Mawar di SKBK, masih mengungguli tempat pertama.  w/pun sedikit tersasar dlm bilangan sbjek yg mendapat A.  Iffah kecundang utk sbjek BI, hanya mampu meraih 78% dan mndpat gred B.  keep it up dear!  insya'allah u can do it....

Ana bngsu, buah hati pngarang jantung ana, Muhd Zul-Arif...murid 2 Mawar di SKBK, stakat ini turut meraih kputusan yang cmrlang.  masih berbaki satu sbjek yg blom dketahui keputusannya....insya'allah arif bakal mnuruti jejak abang dan kakak2 nya...aminnnn ya ALLAH!

Muhd Zul-Aiman, anak sulung ana, plajar 2 Rahmah di SBPISB.  Bersaing dgan plajar2 cmerlang lain...ckup utk ana menerima rezeki yang masih di tahap sederhana utk pncapaian akademik aiman...namun dia mula menunjukkan peningkatan ketara utk sbjek2 teras.  insya'allah...ibu snantiasa mendoakan kamu wahai anak.... tros lipatgandakan usahamu mudah2an menjadi anak  yang soleh, berjaya dunia dan akhirat....aminnn.

AL-FATIHAH....

Khamis 31 Mac ana dpt brita bby kepada kakak kawan ana masuk icu akibat sukar bernafas.  asalnya bby demam dan batuk2.  tp berlarutan hingga tpaksa diberi bantuan oksigen walau telah 2 kali brjumpa doc di klinik biasa.  berbekalkan doa dan harapan...mudah2an bby Munirah Huda bt Nor Azam pulih seprti sdiakala...malam berlalu sekejap terasa.

Jmaat 1April, ana berurusan di surau Ukasyah BK4.  satu msyuarat ringkas berkisar prlaksanaan utk program muslimah....prmulaan yang cool, diakhiri agak tegang atas dasar2 tekanan dan asakan tugas yang last2 mnutes!  ana tdk terlibat scara langsung...so, ambik pndkatan, tegakkan kebnaran, tau hak pribadi dan bersuara atas prikmanusiaan.  skian...msyuarat tamat!

Namun seusai msyuarat....ana sbnarnya melindung satu prasaan sebak tak terkata.  Di awal msyuarat ana dihubungi kawan, Mun, mmberitakan pemergian bby Munirah menghadap ILLAHI.... AL-Fatihah.  Sungguh tersentuh lagi bila mengenangkan ana tdk berpluang menatap wajahnya...sejak dari lahirnya dia ke dunia...hinggalah ke saat2 dia pergi buat selama-lamanya.  ALLAH lebih menyayangi dia.... dia kembali kepada yang Hak.  Insya'allah dia satu antara bidadari syurga yang setia menanti si ibu dan ayah di 'sana' nnti....amin ya ALLAH.....

Didoakan kak Raihan dan kluarga tabah menerima ujian ini.  Setiap yang hdup pasti akan mati.  ALLAH meminjamkan bby Munirah seketika cuma, namun stiap detik kenangan bersma itu....takkan luput dr ingatan kita yang hidup...smpai bila2.