Sunday 25 September 2011

KESEMPATAN YANG ADA...

prasan atau tidak, sudah 3 post berturut2 ana mngarang utk hari ni.  bukan apa...sebnarnya ana sedang menunggu pekerja diluar sana membetulkan autogate umah ana.  baru2 ini, kilat petir kuat smpai 'black-out' satu rumah.  bila dah reda, ana btolkan balik suis utama.  malangnya autogate ana rosak....masalah yg timbul, kunci manual pun tak boleh bukak.  sudahnya terkurung la ana di dalam rumah....dngan kreta tersadai kat porch tak boleh keluar.  mujur juga kreta encik suami ada di luar.  alahaiiii.... ada jgk buruknya kmudahan autogate ni.  itu la 'kekurangan' ciptaan manusia....tak boleh lawan dengan ciptaan YANG MAHA AGUNG!  setakat ini pekerja tu dah pun siap betulkan motor utk membuka gate tu...cuma nak pulihkan setting timer dan saiz bukaan gate yang dah tergugat dek petir yang menyambar tempohari.  itu yang datang kali ke2 utk me'repair'.  tak tau la boleh ke tak..pekerja tu pun org rekemenkan.  asalnya ana menghubungi pkerja cina yang mula2 pasangkan gate ni dulu....tp jauh bebno pulak dia nak datang repair hari kejadian tu.....dia di tanjung karang!  itu yang 'menerai' dngan mamat indon ni... stakat nak bukak tutup dah okey...cuma nak adjust itu ini bg complete le lagi...  so, ana hanya menunggu sambil melihat je ni....tak gheti pun nak komen itu komen ini....hehehe..

PUASA SEBULAN, RAYA PUN SEBULAN KE??

biarpun syawal sudah berpenghujung, namun crita criti perihal raya blom habis diperkatakan....dan amalan open house makin bersesak2 hingga ke garisan penamat!  hahaha...  sungguh rakyat M'sia bermurah hati, tak hidup melarat, tak lokek menjamu dan ramai yang mampu bersedekah, ALHAMDULILLAH.....syukur atas nikmat Illahi.  namun begitu, jgn kita lupa pada yg tiada....pada yang susah....pada yang miskin....pada yang tertindas.... smua itu ada tnggungjawab yang terpikul di atas bahu kita sebagai hamba dan makhluk ciptaan ALLAH utk sama2 memainkan pranan dlm membangunkan ummah sejati, dalam memartabatkan agama dan tidak mustahil akan terbentuknya khilafah yg berlandaskan ISLAMIC secara total, INSYA'ALLAH.....


bak kata Ummu Kalthom, seorang guru agama tempat ana berkuliah di msjid Kinrara, walaupun kita hanya sebagai seorang surirumah, ada pranan yg dipertanggungjawabkan ke atas kita utk kwujudan satu2 khilafah.  kita lah golongan yang terpilih utk melahirkan zuriat, kita lah yang berperanan utk mendidik, mengasuh, mengajar seterusnya membesarkan zuriat sehingga mereka dewasa.  segala asuhan dan didikan awal itulah yang akan membentuk jiwa raga dan asas keimanan yang bakal menjadi tunggak kepada lahirnya ummah sejati!  jangan sesekali diperlekehkan statusnya seorang surirumah....smpai adakalanya Ummu Kalthom pernah berseloroh dengan kawan2 sekelas, surirumah itu sebenarnya lebih sesuai diungkapkan sebagai Pengurus Rumahtangga.....  pernah juga diceritakan kepada kami, ada pengkisahan yang menyebut bahawa ada satu ketika anak baginda Rasulullah mengeluh kepenatan melakukan kerja2 rumah dan meminta dia dicarikan pembantu rumah.  Maka menjawab Rasulullah, ketahuilah kamu bahawa stiap keringat yg disumbangkan oleh sang suri utk suami dan kluarga, smuanya ada janji dan balasan baik dari ALLAH.  sehinggakan stiap butir2 gandum yang dikisar utk dijadikan tpung, lalu tepung itu digunakan utk dimasak roti, smuanya bertasbih memuji akan bakti yang dicurahkan oleh sang suri.....SUBHANALLAH.... mendngar itu, maka bertenanglah wahai hati, berlapang dadalah wahai kaum suri sekelian.....kita sebenarnya tidak dipinggirkan!  peluang ibadah ada dimana2....apa yg penting, hati yg tulus ikhlas dan sabar serta redha dengan apa yg kita kerjakan sehari2..... JAGALAH ALLLAH, ALLAH PASTI MENJAGA MU!

Eh tajuk pasal raya, tersasar pulak bila dah mengomel! hihihi....sorry.  dah nama pun omelan suri kan.... layannn.  tapi raya kali ni mmg best.  nak tau kenapa?  sbb tahun ni ana dpt tmpahan memasak lebih daripada biasa.  kebtulan rakan2 pun dah bertambah ramai... so lebih ramai yang mengenali masakan ana.  sesekali ber'pot-luck' di msjid dan surau2, ana kerap jg menyediakan menu yang berat... bila org merasa masakan dari air tangan kita, orang suka...insya'allah orang akan ingat smpai bila2.  yg penting kita ikhlas dan jujur tidak menipu.  dari situ, dengan tidak sengaja iklan dari mulut ke mulut akan berlangsung tanpa kita sedar.  ana sndiri pada awalnya tak menyangka akan mndapat laluan rezeki dengan cara tersebut, sebab pada dasarnya ana ikhlas dan tidak berniat utk menunjuk2 jauh sekali utk test market.  itulah dikatakan rezeki...... TQ ALLAH!

antara menu yang sering mendapat tempahan, laksa penang, laksa johor, pulut kuning, rendang ayam, kue-mueh, nasi beriyani dn beberapa menu lain.  insya'allah kalau ana dah 'terror' sket meng'upload' gmbr2 nnti...akan ana paparkan di blog ni antara menu yang disbutkan tu ye...  ;)

UUUU....CAKKK!

agak lama ana tidak mencoretkan sesuatu di sini.  diam tak diam, Ramadhan sudah kita lalui, Syawal pula sudah berpenghujung..... cepatnya masa  berlalu.  begitulah jugk pertambahan usia kita...hari2 makin tua, rumah kata pergi, kubur kata mari.  ;)

sekilas mengimbau kenangan Ramadhan nan lalu.....  tahun ini merupakan tahun ke2 aiman berpuasa di asrama. tp tahun pertama bg izzati!  ana di rumah pula, kali ni bersahur ber4, berbuka pun ber4.  terasa jgk kesunyian dan kekurangan, apatah lagi tatkala bersahur....  encik suami hanya bersahurkan quacker oat dan air masak kosong.  tinggal ana brsama arif dan iffah je yang makan nasi berlauk baki berbuka.  utk memudahkan kerja dan jimatkan masa, sudahnya ana suapkan je budak berdua tu.... snang crita.  kalau tidak jenuh jgk nak melayan karenah taknak itu, tknak ini, kalau disuap, smua telan je deme tu!  hehehe.... Overall, Alhamdulillah....smuanya berjalan lancar, anak2 di asrama dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya dan kami di rumah pun selamat menempuh Ramadhan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.  Mudah2an segala amal ibadat yang dilakukan dapat diteruskan utk masa2 akan datang dan mendapat keredhaan dari ALLAH SWT hendaknya, aminnnn.