biarpun syawal sudah berpenghujung, namun crita criti perihal raya blom habis diperkatakan....dan amalan open house makin bersesak2 hingga ke garisan penamat! hahaha... sungguh rakyat M'sia bermurah hati, tak hidup melarat, tak lokek menjamu dan ramai yang mampu bersedekah, ALHAMDULILLAH.....syukur atas nikmat Illahi. namun begitu, jgn kita lupa pada yg tiada....pada yang susah....pada yang miskin....pada yang tertindas.... smua itu ada tnggungjawab yang terpikul di atas bahu kita sebagai hamba dan makhluk ciptaan ALLAH utk sama2 memainkan pranan dlm membangunkan ummah sejati, dalam memartabatkan agama dan tidak mustahil akan terbentuknya khilafah yg berlandaskan ISLAMIC secara total, INSYA'ALLAH.....
bak kata Ummu Kalthom, seorang guru agama tempat ana berkuliah di msjid Kinrara, walaupun kita hanya sebagai seorang surirumah, ada pranan yg dipertanggungjawabkan ke atas kita utk kwujudan satu2 khilafah. kita lah golongan yang terpilih utk melahirkan zuriat, kita lah yang berperanan utk mendidik, mengasuh, mengajar seterusnya membesarkan zuriat sehingga mereka dewasa. segala asuhan dan didikan awal itulah yang akan membentuk jiwa raga dan asas keimanan yang bakal menjadi tunggak kepada lahirnya ummah sejati! jangan sesekali diperlekehkan statusnya seorang surirumah....smpai adakalanya Ummu Kalthom pernah berseloroh dengan kawan2 sekelas, surirumah itu sebenarnya lebih sesuai diungkapkan sebagai Pengurus Rumahtangga..... pernah juga diceritakan kepada kami, ada pengkisahan yang menyebut bahawa ada satu ketika anak baginda Rasulullah mengeluh kepenatan melakukan kerja2 rumah dan meminta dia dicarikan pembantu rumah. Maka menjawab Rasulullah, ketahuilah kamu bahawa stiap keringat yg disumbangkan oleh sang suri utk suami dan kluarga, smuanya ada janji dan balasan baik dari ALLAH. sehinggakan stiap butir2 gandum yang dikisar utk dijadikan tpung, lalu tepung itu digunakan utk dimasak roti, smuanya bertasbih memuji akan bakti yang dicurahkan oleh sang suri.....SUBHANALLAH.... mendngar itu, maka bertenanglah wahai hati, berlapang dadalah wahai kaum suri sekelian.....kita sebenarnya tidak dipinggirkan! peluang ibadah ada dimana2....apa yg penting, hati yg tulus ikhlas dan sabar serta redha dengan apa yg kita kerjakan sehari2..... JAGALAH ALLLAH, ALLAH PASTI MENJAGA MU!
Eh tajuk pasal raya, tersasar pulak bila dah mengomel! hihihi....sorry. dah nama pun omelan suri kan.... layannn. tapi raya kali ni mmg best. nak tau kenapa? sbb tahun ni ana dpt tmpahan memasak lebih daripada biasa. kebtulan rakan2 pun dah bertambah ramai... so lebih ramai yang mengenali masakan ana. sesekali ber'pot-luck' di msjid dan surau2, ana kerap jg menyediakan menu yang berat... bila org merasa masakan dari air tangan kita, orang suka...insya'allah orang akan ingat smpai bila2. yg penting kita ikhlas dan jujur tidak menipu. dari situ, dengan tidak sengaja iklan dari mulut ke mulut akan berlangsung tanpa kita sedar. ana sndiri pada awalnya tak menyangka akan mndapat laluan rezeki dengan cara tersebut, sebab pada dasarnya ana ikhlas dan tidak berniat utk menunjuk2 jauh sekali utk test market. itulah dikatakan rezeki...... TQ ALLAH!
antara menu yang sering mendapat tempahan, laksa penang, laksa johor, pulut kuning, rendang ayam, kue-mueh, nasi beriyani dn beberapa menu lain. insya'allah kalau ana dah 'terror' sket meng'upload' gmbr2 nnti...akan ana paparkan di blog ni antara menu yang disbutkan tu ye... ;)
No comments:
Post a Comment