Sunday 27 February 2011

KENAPA ANA????

Sabtu lepas berlangsungnya mesyuarat agung PIBG di skolah anak2 ana.  Sekali lagi debaran utk ana tempuhi sbb trpaksa hadir bagi membubarkan j/kuasa sessi 2010/11.  nak taknak kna jgk hadir.  sementelah ana dipertanggungjawabkan membuat tmpahan kuih utk 'dijamu' kepada smua yg hadir pada hari trsbut.  seusai majlis pembubaran, penerimaan sijil dan cenderahati.  hati berkata2 utk 'melarikan diri' dari dewan secepat mungkin.  namun atas dasar professional dan menjaga adab, ana turutkan jgk kehendak barisan pentadbir dan beberapa rakan seangkatan utk turut kekal mendengar serba sedikit usul baru yang dilontarkan daripda para ibu bapa murid.

Bagai sudah diduga dan antara perkara paling ana takuti berlaku jua akhirnya.  bertalu2 nama ana dicalonkan utk jawatan YDP.  Namun berjaya ditangkis hebat oleh asakan undian yang bertubi2 dr kalangan yang memahami.  Alhamdulillah.... ana bkn YDP.  Ana tau masih ada segelintir yang masih blom berpuas hati dengan keputusan.... nama ana masih dicalonkan utk NYDP.  ALLAH mengetahui segalanya.... dengan terkumpulnya  undian 48 berbanding 31 dr pihak pencadang ke2, ana akhirnya  'melopong' dgn kputusan ahli mesyuarat.  Sungguh tidak patuttttt....ana tk suka, ana taknak, ana bangkang, ana bangun!  tros memberikan hujah2 penarikan diri dan penolakan jawatan.  namun semua tak dapat menyangkal hakikat....nama ana tetap disematkan ke dada papan kenyataan dalam barisan AJK tertinggi PIBG SKBK sessi 2011/12.   

Terus terang ana luahkan....sebenarnya ana kecewa dan amat tidak setuju utk menerima amanah ini.  Namun atas dasar percayakan takdir ALLAH, ana 'paksa' diri utk cuba terima.  Cuma dlm hati, ana tak dapat menipu diri sendiri.... percayalah, ana tak bersemangat dan tak ada rasa 'ingin' utk memperjuangkan bidang tugas ini dengan keikhlasan yang lahir secara semulajadi....smuanya bagai lakonan semata2...dan biar lah apa org nk kata atau klasifikasikan tindakan ana ini.  Respon yg diterima amat lah berbentuk positif dari kalangan pihak pentadbir.  Nyata dari riak muka, mereka seolah2 'menang' dgn kputusan itu.... tapi di kalangan para ibu bapa yg hadir, masih berbaki juga emosi 'kasihan dan simpati' dari mereka.....terima kasih untuk itu!

Tika dan saat ini ana terima jawatan ini tanpa ada rasa 'ghairah' utk berbakti.  Malah adakalanya ana  diselimuti rasa amarah yang mencetuskan ketidak ikhlasan hati utk turut sama seganding dengan barisan AJK baru yg nyata nmpk berkobar2 semangatnya.  (baru 'merasa' dilantik..... mereka pelapis yang blom tau apa ada di dalam sana...).  Jelas, ana mmg tidak bahagia.  Bkn mengkufuri takdir dan anugerah ALLAH, cuma 'risau' dan 'kesal' kalau2 ana hanya mengisi ruang kosong yg selama ini pun hanya mengeluarkan gema sahaja yg kuat....namun isinya.... wallahualam.  ana tidak berdaya..... tolongggg!  pada siapa harus diluahkan.  sudah dijelaskan dgn terperinci dan sudah diraih simpati utk menolak jawatan ini daripada smua...namun mereka tetap dengan kputusan undian terbanyak.  ada tahap ana menjadi negatif:  Biarlah apa org nk kata....ana tetap ana!  Jangan dilayan prasaan yang membelengu.  Troskan kehidupan seperti biasa2.  Tk perlu 'offer' service yg 'xtra2', ada meeting  pegi....ada keja, buat....takde meeting, takyah pegi.... takde keje, dok diam2...... SEKIAN!

Thursday 24 February 2011

JAGALAH LIDAH

Hari yang indah, cuaca yang cantik....syukur Alhamdulillah kerana masih bernafas dan diberi izinNya utk terus 'bermusafir' di dunia sementara ini.  Hari ini ana bangun dengan semangat kuat utk lebih bersikap positif dalam apa jua hal.  Insya'allah.....

Semalam berlalu meninggalkan satu 'titik ujian' yang tkkan pernah ana lupa.  Gurauan pada dasarnya adalah medium utk merapatkan lagi satu2 ikatan atau persahabatan.  Tp ada kala kalau gurauan tu melebihi batas dan 'menyentuh' garis2 normal hak peribadi....mungkin tak elok diutarakan.

Hmmm...alkisahnya, ada sorang hamba Allah ni nk bergurau dgn ana smlm.  Cuba usik dan 'pancing' prasaan ana walaupun hakikatnya itu mrupakan perbualan pertama kami menerusi talian telefon.  Si pemanggil juga kaum hawa..... Biarlah rahsia siapakah gerangan orangnya.  Cuak seketika hati ana pabila si pemanggil mengatakan dia adalah 'madu' ana.... Allah saja yg tau apa prasaan ana saat itu.  Namun 'hati' cuba utk bertenang dan 'mlayan' emosi si pemanggil yang nyata memainkan watak dengan hebat sekali.  Ana 'sahut' cabaran 'lakonan' itu sbb ana dpt rasakan ini hanyalah gurauan semata2....cuma yg ana tak pasti, siapakah sebenarnya si pemilik suara itu?????  Uwaaaaa.....siapa minah ni ek?    cetus hati ana:  " ooo...nak main2 ek...okey... mari kita main sama2....".   Diasak pelbagai soalan dan ulasan, akhirnya si pemanggil tewas dalam permainannya sendiri...... ASTAGHFIRULLAHAL'AZIMMM...... jangan diulang perkara gila ini hendaknya! 

Betul sperti sangkaan ana....si pemanggil hanya berniat nak bergurau.  Tapiiii... mlawak tak kena tempat tu!  Apa logikkah usikan seumpama itu disambut mesra???  jawapan ana TIDAK SEKALI2!  Semua perbualan hanya bakal membangkitkan rasa tidak enak utk terus berhubung antara satu sama lain.  Mmg ralat ana 'melayan' diperingkat awal...hingga membawa si pemanggil utk terus 'hanyut' dan 'asyik' dgn lakonannya....tapi ana sedikit bangga pada diri sendiri utk 'berlagak' cool walaupun hakikatnya getar suara tak dpat ditahan2 menahan rasa amarah dan riak muka jelas terpancar kegusaran terpinga.  Biar lah.....itu satu pengajaran.  Mungkin jgk nk tambahkan rasa masam dan pahit dalam resepi kehidupan ana selama ini.  Yang baik jadikan teladan....yg buruk jadikan sempadan. 

Dalam berkata2, biarlah lahir dari hati yang bersih.....mudah2an ALLAH memelihara lidah ana utk terus berkata yang baik2....dan tidak sama sekali utk tersebut yg tidak baik.  Berdiam itu lebih baik drp berkata yang sia2, wallahualam......

Tuesday 22 February 2011

BERCERITA PERINGKAT ZON

Hr ini skolah anak2 jd tuan rumah utk pertandingan bercerita zon 3 daerah Ptaling Perdana.  Rezeki belum memihak kepada anak ana utk mewakili sekolah.  Arif, buah hati pengarang jantung ana....anak yg bongsu dan rupa serta prangai saling tak tumpah umpama abang sulungnya, Aiman. Arif tewas sewaktu sessi pemilihan.  Akhirnya skolah anak ana diwakili oleh Umi, murid tahun 3 utk Tahap I dan Syazwani dari tahun 6 utk Tahap II. 

Ana tidak dijemput....tapi ana bersama salah sorang teman AJK PIBG turut sama menyaksikan spanjang pertandingan berlangsung.  Overall, ramalan yg kami dpt buat...tahap I tiada harapan, tahap II mungkin ke 2 atau ke 3.   Ana 'terpanggil' utk sama2 menyaksikan pertandngan tersebut sbb anak ana yg ke 3, Nur Iffah mengambil bahagian dalam persembahan tarian.  Tarian sempena mengalu-alukan kedtangan tetamu ke sekolah mereka.  Joget Pahang diberi nama...  sunggoh comel anak2 melenggang-lenggok mengikut rentak. Seusai majlis, kputusan muktamad menyaksikan satu kejutan buat ana sebab ramalan utk tahap I jauh tersasar.  Yang ana ramal si johan pasti milik pserta dr Sk Sri Petaling yg menghantar pserta cilik Tahun 1, petah bercerita, fasih berbahasa dengan intonasi yang menarik....langusung tidak mendapat apa2.  Hmmm... apa boleh buat, nyata keputusan adalah muktamad.  Mungkin penilaian peribadi ana dan sahabat tak sama dan menepati ciri2 yg pstinya dlm pnguasaan bidang yang arif lagi bijaksana....barisan panel hakim yang bertugas tadi...wallahualam.  Dan utk diri ana sndiri... sangat2 teruja utk melatih anak ana dlm usaha merealisasikan impian bergelar sang juara jgk satu hari nnti...insya'allah...  Tapi nyata 'telekan' ana utk tempat ke2 mmg memihak kepada pserta skolah anak ana sndiri....yeayyyyyy!!! Tahniah...

Hari ni ana rasa penat..... so that dengan  berat hati ana batalkan niat utk ke kelas tajwid di masjid.  Tapi sempat lah juga ana curi2 masa utk mengomel2 di sini.  :)

Monday 21 February 2011

AMANAH LAGI.....

AGM PIBG skolah anak akan berlangsung 26hb Feb ni. Urusan penempahan cndrahati diputuskan bajet RM20 utk sorang AJK.  Ada offer dr dealer tpware utk tmpahkan set tpware brand je.  Hmmm... tapinye, bajet RM20 tu prlu ditokok lagi RM5.  Kalau didarabkan 20, dh jadi RM100.  Mana nk cekau??  Nk tanya bendahari?  Confirm tak lulus sbb dh dputuskan dlm msyuarat RM20 je!  Huuuu....tk tau nk buat macam mana.  Nk tolong yg tu.... jadi susah yg ni, nk tolong yang ni... jd susah yg tu.  Sabo je la!

Hr ni mencuba2 utk dptkan jgk2 cndrahati tu dlm bajet RM20.  Kalau dapat... on je la.  Kalau tk dapat...wallahualam.  Kot ade sape2 nk sponsor tu... harap sangatttttt lah sudi2kan diri.  Hehehe... 

Ini antara rentetan tugasan terakhir ana dlm penglibatan diri bersama PIBG skolah sessi 2010/2011.  Fuhhh...sungguh2 terasa cabarannya.  Nampak luaran mcm senang jer slama ni...tp bila dah 'selepuk' kena kat batang idung sndiri...baru ana tau, rupanya payah jd 'orang harapan'.  Itu belulm YDP, ana hanyalah memangku NYDP je tu...... takmo dah la.... tak larat wey!  Mmg bersemangat, tp tak disambut dngan balasan yang memberangsangkan. Itu yang buatkan ana jd 'tawar hati' dan terasa seolah2 bertepuk sebelah tangan dan sesekali rasa mcm 'syok sndiri' pun ada....  ampunnnnnn...  jgn lantik ana lagi utk sessi akan datang. 

Itu omelan ana kali ni....

Sunday 20 February 2011

MUKADIMAH DI AWAL PERKENALAN

Alhamdulillah....setelah dipertimbangkan, tolak, campur, bahagi, kali:  inilah dia cetusan keinginan hati yg dah lama ana pendam. Ana teringin nak punya blog.... * orng dah berkurun ada....awak baru nak mula?  ceh!..* Mudah-mudahan langkah pertama ini menjurus ke arah lebih positif untuk ana meneruskan perjuangan sebagai hamba ALLAH yang bermusafir di dunia fana ini  untuk menuju ke satu destinasi yang maha KEKAL di 'sana' nanti. 

Permulaan yang 'shy2 cat'  di awal kemunculan.  Harap2 bakal  mendapat sentuhan kehangatan di masa2 akn dtg.  Insya'allah.... Kemunculan ke 2 bakal disaksi pabila ruang hati ada yang nak di'omel'kan.  :D