Hr ini skolah anak2 jd tuan rumah utk pertandingan bercerita zon 3 daerah Ptaling Perdana. Rezeki belum memihak kepada anak ana utk mewakili sekolah. Arif, buah hati pengarang jantung ana....anak yg bongsu dan rupa serta prangai saling tak tumpah umpama abang sulungnya, Aiman. Arif tewas sewaktu sessi pemilihan. Akhirnya skolah anak ana diwakili oleh Umi, murid tahun 3 utk Tahap I dan Syazwani dari tahun 6 utk Tahap II.
Ana tidak dijemput....tapi ana bersama salah sorang teman AJK PIBG turut sama menyaksikan spanjang pertandingan berlangsung. Overall, ramalan yg kami dpt buat...tahap I tiada harapan, tahap II mungkin ke 2 atau ke 3. Ana 'terpanggil' utk sama2 menyaksikan pertandngan tersebut sbb anak ana yg ke 3, Nur Iffah mengambil bahagian dalam persembahan tarian. Tarian sempena mengalu-alukan kedtangan tetamu ke sekolah mereka. Joget Pahang diberi nama... sunggoh comel anak2 melenggang-lenggok mengikut rentak. Seusai majlis, kputusan muktamad menyaksikan satu kejutan buat ana sebab ramalan utk tahap I jauh tersasar. Yang ana ramal si johan pasti milik pserta dr Sk Sri Petaling yg menghantar pserta cilik Tahun 1, petah bercerita, fasih berbahasa dengan intonasi yang menarik....langusung tidak mendapat apa2. Hmmm... apa boleh buat, nyata keputusan adalah muktamad. Mungkin penilaian peribadi ana dan sahabat tak sama dan menepati ciri2 yg pstinya dlm pnguasaan bidang yang arif lagi bijaksana....barisan panel hakim yang bertugas tadi...wallahualam. Dan utk diri ana sndiri... sangat2 teruja utk melatih anak ana dlm usaha merealisasikan impian bergelar sang juara jgk satu hari nnti...insya'allah... Tapi nyata 'telekan' ana utk tempat ke2 mmg memihak kepada pserta skolah anak ana sndiri....yeayyyyyy!!! Tahniah...
Hari ni ana rasa penat..... so that dengan berat hati ana batalkan niat utk ke kelas tajwid di masjid. Tapi sempat lah juga ana curi2 masa utk mengomel2 di sini. :)
No comments:
Post a Comment