Sunday, 27 February 2011

KENAPA ANA????

Sabtu lepas berlangsungnya mesyuarat agung PIBG di skolah anak2 ana.  Sekali lagi debaran utk ana tempuhi sbb trpaksa hadir bagi membubarkan j/kuasa sessi 2010/11.  nak taknak kna jgk hadir.  sementelah ana dipertanggungjawabkan membuat tmpahan kuih utk 'dijamu' kepada smua yg hadir pada hari trsbut.  seusai majlis pembubaran, penerimaan sijil dan cenderahati.  hati berkata2 utk 'melarikan diri' dari dewan secepat mungkin.  namun atas dasar professional dan menjaga adab, ana turutkan jgk kehendak barisan pentadbir dan beberapa rakan seangkatan utk turut kekal mendengar serba sedikit usul baru yang dilontarkan daripda para ibu bapa murid.

Bagai sudah diduga dan antara perkara paling ana takuti berlaku jua akhirnya.  bertalu2 nama ana dicalonkan utk jawatan YDP.  Namun berjaya ditangkis hebat oleh asakan undian yang bertubi2 dr kalangan yang memahami.  Alhamdulillah.... ana bkn YDP.  Ana tau masih ada segelintir yang masih blom berpuas hati dengan keputusan.... nama ana masih dicalonkan utk NYDP.  ALLAH mengetahui segalanya.... dengan terkumpulnya  undian 48 berbanding 31 dr pihak pencadang ke2, ana akhirnya  'melopong' dgn kputusan ahli mesyuarat.  Sungguh tidak patuttttt....ana tk suka, ana taknak, ana bangkang, ana bangun!  tros memberikan hujah2 penarikan diri dan penolakan jawatan.  namun semua tak dapat menyangkal hakikat....nama ana tetap disematkan ke dada papan kenyataan dalam barisan AJK tertinggi PIBG SKBK sessi 2011/12.   

Terus terang ana luahkan....sebenarnya ana kecewa dan amat tidak setuju utk menerima amanah ini.  Namun atas dasar percayakan takdir ALLAH, ana 'paksa' diri utk cuba terima.  Cuma dlm hati, ana tak dapat menipu diri sendiri.... percayalah, ana tak bersemangat dan tak ada rasa 'ingin' utk memperjuangkan bidang tugas ini dengan keikhlasan yang lahir secara semulajadi....smuanya bagai lakonan semata2...dan biar lah apa org nk kata atau klasifikasikan tindakan ana ini.  Respon yg diterima amat lah berbentuk positif dari kalangan pihak pentadbir.  Nyata dari riak muka, mereka seolah2 'menang' dgn kputusan itu.... tapi di kalangan para ibu bapa yg hadir, masih berbaki juga emosi 'kasihan dan simpati' dari mereka.....terima kasih untuk itu!

Tika dan saat ini ana terima jawatan ini tanpa ada rasa 'ghairah' utk berbakti.  Malah adakalanya ana  diselimuti rasa amarah yang mencetuskan ketidak ikhlasan hati utk turut sama seganding dengan barisan AJK baru yg nyata nmpk berkobar2 semangatnya.  (baru 'merasa' dilantik..... mereka pelapis yang blom tau apa ada di dalam sana...).  Jelas, ana mmg tidak bahagia.  Bkn mengkufuri takdir dan anugerah ALLAH, cuma 'risau' dan 'kesal' kalau2 ana hanya mengisi ruang kosong yg selama ini pun hanya mengeluarkan gema sahaja yg kuat....namun isinya.... wallahualam.  ana tidak berdaya..... tolongggg!  pada siapa harus diluahkan.  sudah dijelaskan dgn terperinci dan sudah diraih simpati utk menolak jawatan ini daripada smua...namun mereka tetap dengan kputusan undian terbanyak.  ada tahap ana menjadi negatif:  Biarlah apa org nk kata....ana tetap ana!  Jangan dilayan prasaan yang membelengu.  Troskan kehidupan seperti biasa2.  Tk perlu 'offer' service yg 'xtra2', ada meeting  pegi....ada keja, buat....takde meeting, takyah pegi.... takde keje, dok diam2...... SEKIAN!

No comments:

Post a Comment