Thursday, 24 February 2011

JAGALAH LIDAH

Hari yang indah, cuaca yang cantik....syukur Alhamdulillah kerana masih bernafas dan diberi izinNya utk terus 'bermusafir' di dunia sementara ini.  Hari ini ana bangun dengan semangat kuat utk lebih bersikap positif dalam apa jua hal.  Insya'allah.....

Semalam berlalu meninggalkan satu 'titik ujian' yang tkkan pernah ana lupa.  Gurauan pada dasarnya adalah medium utk merapatkan lagi satu2 ikatan atau persahabatan.  Tp ada kala kalau gurauan tu melebihi batas dan 'menyentuh' garis2 normal hak peribadi....mungkin tak elok diutarakan.

Hmmm...alkisahnya, ada sorang hamba Allah ni nk bergurau dgn ana smlm.  Cuba usik dan 'pancing' prasaan ana walaupun hakikatnya itu mrupakan perbualan pertama kami menerusi talian telefon.  Si pemanggil juga kaum hawa..... Biarlah rahsia siapakah gerangan orangnya.  Cuak seketika hati ana pabila si pemanggil mengatakan dia adalah 'madu' ana.... Allah saja yg tau apa prasaan ana saat itu.  Namun 'hati' cuba utk bertenang dan 'mlayan' emosi si pemanggil yang nyata memainkan watak dengan hebat sekali.  Ana 'sahut' cabaran 'lakonan' itu sbb ana dpt rasakan ini hanyalah gurauan semata2....cuma yg ana tak pasti, siapakah sebenarnya si pemilik suara itu?????  Uwaaaaa.....siapa minah ni ek?    cetus hati ana:  " ooo...nak main2 ek...okey... mari kita main sama2....".   Diasak pelbagai soalan dan ulasan, akhirnya si pemanggil tewas dalam permainannya sendiri...... ASTAGHFIRULLAHAL'AZIMMM...... jangan diulang perkara gila ini hendaknya! 

Betul sperti sangkaan ana....si pemanggil hanya berniat nak bergurau.  Tapiiii... mlawak tak kena tempat tu!  Apa logikkah usikan seumpama itu disambut mesra???  jawapan ana TIDAK SEKALI2!  Semua perbualan hanya bakal membangkitkan rasa tidak enak utk terus berhubung antara satu sama lain.  Mmg ralat ana 'melayan' diperingkat awal...hingga membawa si pemanggil utk terus 'hanyut' dan 'asyik' dgn lakonannya....tapi ana sedikit bangga pada diri sendiri utk 'berlagak' cool walaupun hakikatnya getar suara tak dpat ditahan2 menahan rasa amarah dan riak muka jelas terpancar kegusaran terpinga.  Biar lah.....itu satu pengajaran.  Mungkin jgk nk tambahkan rasa masam dan pahit dalam resepi kehidupan ana selama ini.  Yang baik jadikan teladan....yg buruk jadikan sempadan. 

Dalam berkata2, biarlah lahir dari hati yang bersih.....mudah2an ALLAH memelihara lidah ana utk terus berkata yang baik2....dan tidak sama sekali utk tersebut yg tidak baik.  Berdiam itu lebih baik drp berkata yang sia2, wallahualam......

No comments:

Post a Comment