Baru2 ni dpt berita salah seorang sahabat rapat ana disahkan mengandung. ALHAMDULILLAH....setelah sekian lama menunggu buah cintanya bersama suami tersayang, akhirnya dia dah pun 'berisi'. sebagai kawan, ana menyambut berita ini dengan penuh kesyukuran dan tumpang gembira yang teramat sangat. mungkin dek kerana ana sudah lama tak mengandung, bila dengar je org mengandung....uihhh...bestnyeee! rasanya thn ni ramai jgk kawan2 ana yang bakal menambah zuriat masing2. hmmmm... murahhh rezeki korang ek. 'musim' agaknye, :)
Bila bercerita pasal mengandung, alahan, baby, persiapan, bla2........ mmg sehari suntuk tak puas bercerita. tapi apa nak buat, mmg itu topik terhangat di kalangan kaum suri seperti ana. tu blom masuk bab masak memasak, bincang menu apa utk berbuka puasa, juadah apa utk hidangan raya, resepi apa nak masak jamu mertua....mcm2! meriah betol bila dpt bercerita dengan kawan2...org kata berkawan biarlah beribu, tp berkasih hanya pada yang SATU.
Terima kasih pada semua sahabat yang selama ini banyak bersama ana di kala senang dan susah. Bkn senang nak dpt kwan sejati...kalau tak kena gaya, kita yang gigit jari! Cuma dalam bersahabat, ada yang boleh dan sudah semestinya ada jgk yang tak boleh. harus ada keterbatasan dlm setiap sesuatu...baik dr segi tingkah laku, tutur kata atau pun perbuatan. kadangkala dlm menjaga hati orang, sesekali kita kena beralah. ada masa juga kita kekadang terpaksa melupakan kepentingan diri. tp AWAS jgn smpai tergadai maruah diri! kerana tiap2 sesuatu ada DIA yg memerhati.
Ya ALLAH....bantulah hambaMu ini, bimbinglah ana, tunjukkanlah ana jalan yang lurus, permudahkanlah urusan ana, semoga semuanya mendapat redha dariMu Ya ALLAH, aminnnnn!
No comments:
Post a Comment