Sunday, 15 January 2012

BAKAT & MINAT, 2 PERKARA BERBEZA!

bila sebut bakat, ia lebih merujuk kepada kebolehan seseorang yang lahir secara semulajadi.  tak kira la dlm apa jua bidang atau apa jua gerak kerja.  kalau minat pula, lebih kepada perasaan yang seronok  dalam melakukan sesuatu.  memang kedua2nya mempunyai kesinambungan tersendiri...tapi apa yg lebih penting sebenarnya adalah minat dan ditambah dengan faktor kesungguhan.  selit juga dengan usaha yang tak kenal jemu serta ikhlas dalam mengusahakan sesuatu.  kalau dah minat, kita menjiwai dan bersungguh2 dalam melakukan sesuatu tersebut.  lama kelamaan, insya'allah....skill akan terbentuk dan adalah tidak mustahil utk memperolehi bakat yang kita ceburi secara tidak sedar. hmmmm...besar jgk 'kembangan' drp istilah minat yang cuba diterangkan ana di sini. 

siapa tak suka kalau dah ada bakat semulajadi.  contohnya kalau bab dalam kesenian.....menggubah, menata rias, menghias, menjahit, dan macam2 me... lagi la!  hehehe...  mcm tu jugak kalau bakat dalam sukan, terror main itu, main ini, kuat lari dsb.... kira mantap abis la.  ;)  cumanya bakat yg ada tu...kalau dibiarkan dan tak digilap, lama2 akan hilang....lenyap mcm tu je.  itu pendapat peribadi ana.  tak tau la kalau pndapat orang lain.  pendek kata mmg dalam mengusahakan/mengerjakan sesuatu, 'bakat' dan 'minat' mmg perlu seiring...... hasilnya nnti mudah2an akan tip top!

panjang merapu, puas memberikan keterangan, yg sbenarnya nak cerita perihal diri sndiri.  hmmmm...ana ni mmg minat masak memasak.  ALHAMDULILLAH la setakat ni ada la jgak dpt 'buat duit' dengan minat ni.  tapi belum la smpai tahap chef atau tukang masak hebat.  boleh la sekadar lauk pauk biasa dan beberapa jenis kuih. bakat?  ntah la....dari mana datangnya bakat tu ana pun kurang periksa.  sebab nak kata berbakat besar...tak juga.  dulu2 ms sekolah menengah pun tak pernah ambil ERT, ana dlm aliran Perdagangan.  Naik menengah atas ana dlm aliran Sains.  sambung belajar pun dlam bidang Sains Kesetiausahaan.  tak tau la kot2 dlm darah ana mmg dah mengalir bakat memasak....hihihi. 

sekarang ni yang menjadi persoalan dalam benak hati ana; bolehkah kita berjaya dalam satu2 bidang, kalau bakat tiada, minat pun suam2 kuku je.....?  soalan yang ana sndiri tak punya jawapan.  sabo je la!  al kisahnya hal ni boleh timbul dek kerana usaha yang sedang ana lakukan waktu ini, iaitu MENJAHIT.  ana tak punya bakat, minat pun tak seberapa.  cuma sekadar ingin mencabar diri sendiri, sama ada ana ni boleh ke tidak menjahit.  kalau orang lain boleh, knapa ana tak boleh?  satu lagi pointnye, mana la tahu kalau2 satu hari nnti menjahit ni juga boleh menjadi punca pendapatan bagi ana.  mudah2an....  kalau takpun utk jd tailor professional, cukup la 'lepas' baju anak2, kaum keluarga....tu pun dah syukur banget!  paling tidak ana dpt la membantu kurangkan perbelanjaan encik suami....  permudahkanlah ya ALLAH.... semoga ilmu yang dicari mendapat berkat dan diredhai, dapat ana manfaatkan ke jalan yang baik utk semua pihak.  aminnnn...!

No comments:

Post a Comment