Sunday, 15 January 2012

MACAM BISKUT

kejap ade kejap takde, dah mcm iklan biskut la pulak.  hihihi....   itulah keadaan terkini mood ana nak berceloteh kat sini.  bkn tak ingin...bkn tak rindu, tp keterbatasan masa yg menjadi penghalang.  hmmmm...knape org suka kata takde masa @ tk cukup masa.  walhal masa tu takde  ubah apa2 pun.  tetap  jgk 24 jam!  takde kurang takde lebih.  pendek kata mmg diri sendiri yang menentukan..... pndai2 la urus masa dan agihkanlah penggunaan masa itu mengikut keperluan masing2.  mana nak didulukan, mana nak dikemudiankan.  seminggu yang lepas mmg ana banyak tumpukan pada agenda harian yang lain.  biasa la...surirumah kan?  kemas, membasuh, memasak, tengok buku sekolah anak2, hantar dan ambil anak, bergegas ke sana ke sini sambil cuba 'curi' masa untuk hadir ke kuliah agama di msjid dan tak lupa hadir memenuhi kedatangan di kelas menjahit.  fuhhhhhh! kalau ikutkan 'kepenatan' mmg tak terbuat dek badan...tp bak kata orang:  nak seribu daya, taknak seribu dalih kan....?  ana harungi jua demi untuk menambah ilmu di dada dan semoga pengisian masa itu dpt memberikan manfaat sebaik mungkin utk ana dunia dan akhirat....insya'allah..  cuma satu je masalah skrg ni, susah benar nak maintain kehadiran secara konsisten ke kuliah di msjid dan kelas menjahit.  sering sahaja tergendala dek urusan sampingan, mcm2 la jgk yg perlu diselesaikan...  urusan anak2 di asrama, perihal kenduri kendara kwn2, tempahan menu masakan dan kuih muih, tu blom sentuh bab PIBG sekolah (tak sabar nak langsaikan agenda AJK sessi 2011/2012).   cepatlahhhhh...masa berlalu.  dah rasa tringin benarrrr 'bebas' dr PIBG.  ;)

No comments:

Post a Comment