Sunday, 8 July 2012

IKHLAS

Hajat di hati nak la kerap sikit mengomel kat sini, paling tidak pun hari2.  Tak kesampaian jgk rupanya.  Dek kerana tuntutan rutin harian yang membataskan segala.  Apa2 pun, janji tak 'menghilang' terus....sudahhhh! kan? Kembali bersiaran walau mungkin sekadar sepatah dua hari ini, hehehe.... 

Jadual minggu lepas sebenarnya agak santai tapi padat.  Hari2 ade je kuliah agama yang menggamit ana utk menghadirkan diri.  Alhamdulillah diberi kesempatan waktu dan kesihatan tubuh badan, maka dapatlah juga ana isi dgn mjlis ilmu seumpama itu.  Sedar tak sedar, kita dah pun melepasi pertengahan bulan Sya'aban.  Hmmm....tak brapa lama lagi dah nak Ramadhan. 

Sebut Ramadhan....apa yang trlintas di fikiran? Kalau ditanya pada sang suri, salah satunya pasti juadah berbuka...Hishhhh... takkan itu je kot?  Ingat makannnn jek!  Takde lah, sebenarnya banyak perkara lain yang kita boleh kaitkan dan fikirkan di waktu2 hampirnya Ramadhan ini.  Umum mengetahuinya...tapi bila dah start mengomel...biasanya perkara2 yang biasa je diomelkan. Bukanlah bermakna kaum suri tak berbicara hal2 kebajikan, amalan dan pahala2 sunat yang ditawarkan ALLAH SWT sepanjang bulan penuh barakah itu nnti..   Tak baik tau, berburuk sangka!  Astaghfirullahal'azim...

Jangan sesekali kita lupa, dalam melunaskan tanggungjawab sebagai seorang surirumahtangga, BANYAK cabang pahala yang boleh kita raih.  DAN.....salah satunya menyediakan makanan utk keluarga, baik juadah berbuka...atau juadah bersahur.  Memang nampak remeh dan seolah2 perkara biasa, tapi fadhilatnya....setiap butir beras yang dimasak dengan penuh ikhlas, terutamanya utk dimakan/jamah oleh orang berbuka puasa....MASYA'ALLAH.....amat besar ganjarannya di sisi ALLAH.  So, suri2 rumah semua....jangan berkira/jangan lokek/jangan mengeluh walau sepenat mana pun kita memasak di waktu bulan puasa, akan ada pahalanya di situ.  INSYA'ALLAH.....

No comments:

Post a Comment