Friday, 20 December 2013

ALHAMDULILLAH.... SYUKUR PADA MU YA ALLAH!

Setelah sekian lama berdiam sepi... kini muncul kembali dengan harapan utk terus mencoretkan sesuatu sebagai mengisi omelan yg membisu selama lebih kurang 6 bulan.  Huhu!

Pelbagai kisah suka dan duka, susah dan senang, penat dan lelah...kalau nak dipaparkan...tak termampu rasanya.  Cukuplah diabadikan sebagai itu semua adalah rencah kehidupan seseorang dalam melayari bahtera kehidupan utk menuju ke arah yang satu.... kembalik kepada YANG MAHA MENCIPTA.

Kerap benar rasanya ana meluahkan segala catatan dalam bentuk rangkuman...al maklumlah, dah nak update blog pun setahun dua kali je! takkan nak recall balik satu2 peristiwa...dan karang balik satu2 .. jenoh la... hehehe.  Namun apa yg pasti... setiap detik, tiap saat, semua yang berlaku itu... terus segar dan segar dalam lipatan minda ana... ALHAMDULILLAH.

Sekadar ingin mengabadikan kenangan terindah atas kejayaan anak2 ana pada tahun ni... maka lahirlah catatan singkat ini.  ;)  at least ada la jgk 'buah tangan' ibu utk anak2 sebagai tanda knang2an kat blog ni. Kebetulan tahun ni umpama double celebration buat ana... tak salah rasanya dititipkan jgk brita itu kat dlm blog ni.  ;)

2013, dua org anak ana yg menduduki peperiksaan 'besar'.  Angah Izzati PMR dan Kakcik Iffah UPSR/PSRA.  Subhanallah... dah bsar anak2 ibu. Hari berganti hari...bulan berganti bulan.. masa terus berlalu tanpa disedari.  Akhirnya detik2 bersejarah dan penting itu pun hadir... ALHAMDULILLAH... selesai sudah kedua2 peperiksaan 'besar' itu utk kedua2 anakanda ana.  Berbekalkan ilmu yg dicurahkan guru2 di sekolah, atas usaha yg rajin dari empunya diri calon, diiringi doa dan harapan dr kluarga dan teman2 tersayang...dengan izin ALLAH SWT, Kakcik Iffah berjaya mendapat 5A utk UPSR dan Mumtaz utk PSRA.  Syukur ya ALLAH.....!  Terhenti sejenak debaran di dada.... namun perhentian itu cuma seketika... disambut pula dek rasa kecut perut sekali lagi... utk dengar rsult Angah Izzati.  Tiba hari dan saat yg dinanti.. sekali lagi ana memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga atas rezeki kurniaan ALLAH SWT kepada kami sekeluarga... ternyata Izzati berjaya mengikut jejak Abang Aiman dlm kputusan PMRnya.  9A kputusan PMR itu merupakan hadiah berganda buat ibu ayah mu sayang!  ALHAMDULILLAH...

Berakhir sudah debaran perihal keputusan peperiksaan.... diiringi ucapan tahniah dan syabas dari seluruh kenalan, kluarga dan rakan2, kami redha dengan kputusan permohonan kakcik iffah utk kemasukan SBP ditolak.  Kami tahu ada fadhilat disebalik sesuatu yg telah ditentukan ALLAH SWT.  Bersyukur dengan pluang yang datang... kami menyambut rezeki utk Kakcik iffah ditempatkan sama sekolah dengan Angah Izzati.  SMKA Maahad Hamidiah sekali lagi menjemput zuriat kami utk menjadi warganya sebagai salah seorang yang bakal menjadi pewaris kecemrlangan skolah itu...INSYA'ALLAH.

Cukup indah percaturan ALLAH SWT. Dipermudahkan segala urusan utk kami sekeluarga.  Aiman masih di SBPI Sabak Bernam utk meneruskan perjuangan SPM bagi tahun 2014.  Izzati pula bakal berjuang utk mengekalkan kecemrlangan di peringkat seterusnya... dan Iffah pula merasmikan diri ke arena pembelajaran peringkat menengah.... Dan manisnya adalah...kedua2 puteri ana akan berada dalam sekolah yang sama... ALLAH... ~nikmat apa lagi yg boleh ana pertikaikan?~

Seusai bermonolog sendirian akan kepergian dan permulaan ketiga2 anak ana utk meneruskan sessi persekolah 2014....hmmmm.... teringat pula akan si bongsu Arif.  :)  Makin manjakah anak itu?  Makin penakutkah dia?  Makin sunyikah rumah ana kelak?  Serba serbi persoalan datang menerjah akal fikiran... :(  Walau apa dugaan dan cabaran yg mendatang.. insya'allah...akan ana dan suami harungi demi masa depan anak2... Harus kental dan redha dengan 'melepaskan' ketiga2 anak kami ke asrama ... smoga langkah mereka diberkati..mendapat redha ALLAH seterusnya dapat menjadi persiapan sebagai bekal di dunia 'sana' nnti....aaminnnnn! Untuk yg kecik bongsu Arif tu... contohilah kakak/abang mu...yg mana baik...jdkan teladan...yg tak baik..jadikan sempadan.  Semoga ALLAH SWT melindungi anak2 kami... dipelihara iman, diberkati usia, dipermudahkan urusan... menjadi anak yg soleh/solehah...seterusnya menjadi hambaNya yang bertaqwa... INSYA'ALLAH...